Wednesday, May 9

Black-faced bunting


Saat dimana daun gugur,
Burung datang mehinggap,
Kicauan memecah kesunyian,

Jika angin bertiup kencang, 
mampukah burung bertahan tanpa terbang pergi. 
Jika ya, bersaranglah di situ, 
kerana sebotak botak pokok tanpa daun pun, 
tidak pun ia akan merungut. 

K.

Bukan lagi remaja

Menengokkan rakan rakan sebaya dah mula mencapai umur 20 membuatkan aku rasa sedih tiba tiba. Mungkin perasaan aku je. Mungkin sebab aku selalu fikir bila semua dah menjejaki umur dewasa, semua akan berubah serta merta. Apa yang kami dah buat 20 tahun lampau mungkin hanya akan jadi kenangan. Sekarang ialah masa untuk lakukan apa yang orang dewasa lakukan. Dalam 5 tahun yang akan datang ni, mungkin, aku akan dilihatkan proses di mana semua akan bawak diri masing masing. Jangkaan aku je.

Tapi melihatkan diri ini, menjadi dewasa bukan sesuatu yang senang. Ini membuatkan aku mengeluh kesal, kalaulah aku belajar berdikari waktu remaja dulu. Dan macam macam lagi 'kalau' yang kalau dinyatakan, 1 malam tak cukup. Tapi ketua bagi semua 'kalau' ialah kalaulah masa tu boleh diputar balik, aku nak patah balik dan banyak benda aku nak cuba baiki. Haaa list benda untuk dibaiki ni lagi banyak, yang mana kalau dinyatakan, menyamai tiang lampu dalam perjalanan dari Saitama ke Kajang. Lekk.

Sunday, April 29

Departure

Alhamdulillah. Post pertama di luar negara. Dah sebulan lebih dah ada kat sini. Masing-masing dalam proses membiasakan diri kat suasana hidup yang berbeza dari tanah air. Dengan aku yang tak pandai masak ni, alhamdulillah jugak sebab masih boleh hidup kat sini. Makanan halal senang je nak dapat kat sini. Nak ayam mentah ke sosej ke, boleh pergi beli dekat masjid.

Study jangan cakap lagi. Mungkin ini baru permulaan. Ya, aku tak faham langsung. Sekian.

Tuesday, March 20

Berapa harga segulung ijazah tu cik?

Bismillahirrahmanirrahim.

Haaaa, esok dah fly. Tapi masih rasa terkilan lagi sebab tak sempat nak buatkan hati ini rasa lapang sebelum fly. Kalau boleh sebelum fly ni aku nak baik dengan semua orang. Kalau ada bergurau kasar dengan sesapa sebelum ni, kalau boleh nak settlekan. Kadang-kadang tu aku tak sedar, akhirnya bila dah lama tak tegur tu, rasa awkward lak nak tanya apsal. Walaupun lepas tu aku rasa macam kami tak serapat dulu ke. Apa pun semua masih dalam proses untuk berbaik-baik. Kena banyak bersabar dan pandai mengatur strategi. Banyak lagi aku kena belajar.

Hubungan keluarga besar pun semakin berbaik-baik. Semua dah boleh berkumpul tanpa bermasam muka. Depa arrange big family meeting semua sama-sama ditambah gurauan manja. Sekurang-kurangnya aku dapat tengok semua berkumpul sebelum aku fly atau sebelum aku mati. Haaaa, mana tau la gempa bumi kat sana nanti aku mati ke. Ajal maut di tangan Allah.

Part paling sedih ialah kena berpisah dengan keluarga dan rakan lama mahupun rakan AAJ. Sesungguhnya hanya rakan yang buat foundation sama-sama tu lah yang sangat memahami erti penat lelah kami sebelum ini semasa foundation. Terima kasih kepada cikgu dan lecturer juga.

Doakan aku balik lagi 4 tahun dengan membawa segulung ijazah, itupun jika ia digulung. InsyaAllah.

Tuesday, February 7

departure, coming soon

Alhamdulillah, sekali lagi. Bulan january banyak perkara awesome berlaku. Kira balik, ada lagi sebulan lebih je lagi sebelum nak fly. Walaupun tak tau lagi dapat university mana untuk aku, kira kalau dapat mana pun takpela. Oh aku dah ada lesen. vroom. hihi

damn. tadi banyak je dah tulis, aku yang delete balik. ok ni je la, bye

Saturday, January 21

Cahaya Nippon

sapa nombor matrik ada tulis kat situ, maknanya boleh fly. akhirnya aku jerit dengan gembira petang tadi. walaupun mula-mula aku tersalah tengok nombor matrik orang lain. sorakan terberhenti kejap. rasa macam bangang lak. tengok balik. nombor aku ada jugak. sambung jerit balik. syukur. terlampau gembira sukar nak digambarkan dalam kata-kata. Alhamdulillah.

Sunday, December 25

end of 2011 post

Yeaaaa. Dengan gembiracitanya aku rasa nak tampar muka semua orang. Sebab aku dah habis semua exam dekat UM ni. Tapi bila dah habis semua exam, tak rasa macam freedom sangat. Tak tau kenapa. Anyway, class lepas ni jalan macam biasa. Tapi macam ringan-ringan je la kut.

Dan untuk masa sebulan lebih kurang ni, yang merupakan detik yang mendebarkan. Lebih mendebarkan dari exam rasanya. Iaitu tarikh keluar result exam. Pada 20 Januari 2011, barulah boleh tau boleh fly ke Jepun atau tak.

Tanggal 20 Januari selepas solat Jumaat lebih kurang, kami student akan pergi papan kenyataan depan pejabat, tengok result tu. Kalau aku lulus dapat fly, aku nak jerit. Itupun kalau ramai jerit gak la. Supaya leh cover suara aku. Aku kan pemalu. Ullak. So, mintak mintak lulus la. Aku berserah kepadamu ya Allah. Amiin.

*pembetulan pada tarikh. 20 Januari dan bukan 20 Disember

Saturday, November 19

cita-cita


Kejadian ni berlaku masa aku umur 6 tahun. Time tu aku tengah menangiskan sesuatu dan berasa marah dengan mak aku. Tak ingat pasal apa. Mak aku tengah potong sayur kat dapur sambil berdiri. Aku menangis dan tubuh kecik aku menghampiri mak aku dari belakang dan pukul punggung dia. haha. Walaupun mak aku dah pujuk, aku tetap berdegil. Masa aku menangis tu aku tak nampak apa-apa. Mak aku pegi letak pisau kat belakang dia. Dia ingatkan nak takutkan aku. Tapi aku pegi pukul pisau tu sampai tercucuk tangan aku. Mak aku yang perasan dulu tangan aku dah berdarah banyak dan bawak jumpa doktor. 2 minggu jugaklah aku kena jaga luka tu, sebab aku tak nak jahit luka tu walaupun dalam. haha, takut. Sampai sekarang ada lagi parut tu. Kat pergelangan tangan kanan.

Syukur lah sebab masa tu kena pergelangan tangan kanan, bukan kiri. Kalau kiri mesti aku dah arwah kan.

Tahun demi tahun berlalu dan aku dah pun masuk darjah 6. Time tu aku pernah rasa malas untuk hidup. dan kadang-kadang aku rasa nak ditarik nyawa dan jumpa dengan Allah. Fikiran ni membuatkan aku rasa berani untuk mati time tu. Masa tu aku fikir yang aku belum baligh dan dosa yang aku dah buat bukan aku tanggung pun. Bolehlah aku terus masuk syurga. Aku asyik tertanya kenapalah dulu kena tangan kanan bukan tangan kiri.

Sampai lah hari ni baru aku sedar, cita-cita aku untuk mati masa kecik tak kesampaian. Tapi umur aku makin meningkat dewasa. Ini bermakna semakin banyak dosa yang aku dah buat kan? Hari demi hari membuatkan aku rasa takut nak mati. Takut tak cukup lagi ibadat yang aku dah buat. Dalam pada itu, aku tetap terus lakukan yang wajib, walaupun tak sempurna mana. dan ada lopong-lopong.

Kalau ada orang tanya, apa tujuan aku hidup? Aku masih tak boleh jawab. tapi hati aku tetap akan katakan, kerana Allah. :)

Sunday, October 16

Capitalism, Excuse and Approval


3. Orang jepun mahukan kamu minta maaf terlebih dahulu jika kamu buat silap. Lepas tu barulah nyatakan alasan. Ketahuilah jika kamu terlakukan kesilapan, bukannya perasan tak bersalah dan buat dek.

2. Sinonimnya aksi tepuk tangan (applause) membuatkan penerima tepukan bangga. Tapi dengan cara Tepukan Perlahan (Slow Handclaps), sebaliknya boleh menimbulkan kemarahan penerima tepukan. Dalam filem atau drama selalunya disertakan dengan dialog ironik. Seperti "Well done" atau "Bravo".

1. Lima belas juta orang tengah kebuluran di selatan Afrika. Lebih 30 ribu kanak-kanak meninggal dunia setiap hari di seluruh dunia akibat penyakit-penyakit yang mudah dirawati.

(sumber: Dr Jamilah, wikipedia, Socialist Worker)

Saturday, September 3

baca dari kiri ke kanan

aku tau aku tak pernah post pasal politik sebelum ni. tapi aku rasakan post ini sebagai sesuatu yang perlu dan aku tak tertahankan lagi untuk postkannya.

1. aku tak boleh buat medical check-up time cuti.

2. doktor cuti raya.

3. menyesal tak buat sebelum raya.

4. ada alasan untuk ponteng kelas buat medical check up.

politik, politik. 




jepun pun pandai meme ke. haha. cool story bro.

Sunday, June 26

fight


あきらめるどころではない。

きっとかつ。

きっと勝つ。

Saturday, June 25

pressure


no of moles = 30

gas constant = 8.314472(15) J·K−1·mol−1

temperature = 298°F

volume = 0.06m3

by PV=nRT

therefore, P=nRT/V

Pressure inside my body is equal to 1 226 384 pascal!



Thursday, May 19

jangan pandang rendah


ada satu cerita sedih yang dialami sorang budak lengan besar. cerita mulanya macam ni, lengan dijemput ke satu party harijadi kawannya. sesampai kat rumah kawannya, orang yang seronok sorak berparty terus senyap. cuma ada beberapa saja yang masih bersembang-sembang masih teruskan pelakuannya.

lengan memang sorang tak suka bersosial sangat. bagi dia benda tu macam biasa je. dia terus pegi dalam rumah cari tuan rumah. puas lengan cari sekeliling rumah tapi tak jumpa kawan yang ajak dia tu. malah orang yang berada pada majlis harijadi tu pun semua tak berapa familiar bagi dia. tapi dia pasti, inilah rumah kawannya sebab minggu lepas dia datang study group kat rumah ni la.

lengan decide untuk keluar dari rumah untuk cari coverage nak call kawannya. sesuatu aneh berlaku bila lengan dapati rumah yang dia masuk dari tadi sebenarnya berada lebih kurang 20 meter di udara dari tanah asalnya. call untuk kawannya lak masuk mailbox. lengan tak dilatih untuk hadapi situasi ni. memanglah dia pergi gym setiap hujung minggu untuk menambah ke-tough-an lengan dia, tapi situasi ni tak pernah berlaku di gym.

dia cuba fikir dengan tenang dan waras, dia masuk balik dalam rumah. disebabkan cerita ini penuh worrisome, memang sesuatu yang worrisome berlaku. rumah itu yang tadi dihimpuni remaja yang berparty kini dipenuhi zombie yang terbaik dari ladang. memang semua zombie usha panas bila lengan masuk dalam rumah. tiba-tiba lengan teringat 32 rules dari cerita yang dia tengok dulu.

rule #1. cardio. itu adalah kelebihan untuk dia sebab selain train untuk lengan dia, threadmill kat gym pon jadi mesin latihan untuk dia. malangnya dia tak ada ruang untuk larikan diri. rumah tu dah sempit dengan zombie. kat luar lagi lah, terjatuh lak nanti.

ok. cepatkan cerita. rule #18 terus. limber up.
When either fighting a zombie or running from zombies its not a great time to be pulling a muscle or throwing your back out. So limbering up is kind of a must. Stretch it out a little. it may save your life.
lengan terus membelasah zombie-zombie tu sehinggalah dia terjumpa satu parachute lalu diguna olehnya. sesampai di darat, dia baru perasan yang rumah tu terapung dan diikat pada sebatang pokok tembikai. dia melepaskan ikatan pada pokok dan rumah penuh zombie tu terapung tinggi ke langit dan hilang dari pandangan. oh leganya lengan :) tapi mana perginya kawan yang ajak dia?

Sunday, May 15

gelombang air pasang



Jepun tidak pernah tidak menjadi gergasi ekonomi selepas perang dunia kedua. walau apa malapetaka pun mereka tetap kekal gergasi ekonomi dunia. aku tau Jepun boleh bangkit semula. basinya cerita. aku baru nak post.

Friday, April 1

rerama celup

hai si rerama,
terbang ia melintasi dunia,
hemisfera selatan ke hemisfera utara,
diduga salji di perjalanan
berat salji melitupi badan,
beratnya kini rendah terbangnya,
tunggu masa mencium tanah,
sayang patah sayapnya,
sebelum sempat sampai tempatku.
tak boleh harap

Thursday, March 24

adiwira


untuk beberapa hari yang lepas, aku banyak habis masa tengok belia-belia macam aku menonjolkan diri. meluahkan kritikan masing-masing terhadap sesuatu isu. semuanya memang nampak macam dah mature, means dah ada otak lah kalau tengok typing style mereka. cop cop, kenapa typing stlye? sebab mereka syok menaiplah, bukan kritik face to face guna mulut. ya, dengan kata lain dekat internet lah. ya, ya, ya tepat sekali di Facebook lah.

berbalik kepada belia-belia yang aku katakan tadi, nak dijadikan cerita, pada mulanya mereka adalah seperti satu keluarga. idea, cara fikir dan wawasan mereka pun sama. okay, mereka bergerak seiringan untuk anti akan sesuatu yang benar-benar berlaku dan mereka mula meluat bila lihatnya. contohnya aku namakannya Organisasi. tapi disebabkan kebebasan untuk berkata-kata, muncul satu individu, si A yang bijak mengatur strategi untuk buat semua atau diri sendiri berasa gembira. si A menyamar dengan bertopeng, identitinya dibuat-buat seakan-akan nampak macam bukan si A yang sebenar. kita namakannya si Atipu.

pada satu hari yang udaranya bersih, si Atipu tiba-tiba muncul dalam khalayak organisasi tu. si Atipu kata sesuatu yang sangat-sangat berlainan dengan idea dan wawasan organisasi tu. apalagi, panas hati betul lah yang lain. dalam otak mereka mula untuk memangkah kata-kata si Atipu. tapi dalam hati si Atipu, dia tergelak sendirian sebab tengok semua muka marah belaka (muka ilusi). dan dia mula rasa seronok untuk buat dan buat. yang lain pula lagi marah dengan seriusnya.

dalam kalangan mereka mereka yang ada dalam Organisasi, ada yang tak marah pun. salah seorangnya ialah si B. mulalah si B meluahkan kritikannya. si B kata bergaduh-gaduh tak ada guna, lebih baik buat diam saja. dan si B kata dia dapat menghidu yang si Atipu tu sebenarnya gurau-gurau.

yang masih marah terus marah. ada juga yang memangkah apa si B kata. ada juga yang setuju dengan si B kata. okay, terjadilah hidup berpuak-puak dalam Organisasi. puak yang memangkah si B kita namakan Makihamun. Puak yang setuju dengan si B kita namakan Rilekjela. terjadi peperangan kata-kata antara Makihamun dan Rilekjela.

tapi, semua ni berlaku di alam maya yang memerlukan mereka untuk menaip di keyboard atau keypad. masing-masing nak jadi hero. dan mereka kita namakan Adiwira Papan Kekunci atau Pahlawan Papan Kekunci. Keyboard Warrior.


itu saja. yang bawah ni cerita lain. penutup kot.
"Mungkin kita dah tak pandai bersosial. Mungkin kita dah tak pandai bercerita guna mulut dah. Mungkin." - yid
jadi kita, oh bukan kita kut, aku, aku mula blogging, atau Facebooking, atau apa-apa aja yang bukan guna mulut tapi guna jari yang bersih. secara kasarnya atau halusnya kamu boleh lihat aku yang sebenarnya ialah pendiam dan kurang berkata-kata melainkan aku dah serasi atau rapat. tapi aku lain pula bila 'berkata-kata' guna keypad atau keyboard. ya memang pun, dan aku serang peribadi seseorang lebih tajam dan pedas jika aku guna keyboard lebih-lebih lagi jika aku halimunan. wow, macam peribahasa mata pena lebih tajam dari mata pedang pun ada.

aku aktif Formspring semenjak dua menjak ni, memang seronok bertanya lagi-lagi dalam gelap :)

Thursday, March 17

sifir 4

Misai Halim tu macam dah longgar je.
Aku nampak macam ada gugur semalam.
Macam biasa kot, gugur dan meletup.
Keluar pulak asap then muncul Halim yang kerdil.
Bukan sikit, nisbah 1:4 kot.
Satu helai misai, 4 orang Halim kerdil.

Thursday, March 10

si volunteer

ada satu zaman dahulu, ada sebuah pulau yang letaknya antara negeri Jaspe dan negeri Moude. Pulau ini berada di bawah takhlukan seorang raja yang merupakan seorang yang stylo dari segi pemakaiannya. Setiap kali perjumpaan dengan rakyat, baginda mengenakan pakaian yang berbeza sehinggakan kamu tak dapat lihat baginda pakai pakaiannya lebih dari sekali!

Raja ini sangat sayang akan rakyatnya yang ada sekerat saja. Baginda memang prihatin dan mengambil berat akan rakyatnya. Baginya rakyat tu adalah anaknya sendiri. Kalau ada antara mereka tak datang, raja mesti sedar punya dengan ketidak hadiran mereka.

Malangnya raja ini ada kelemahan sikit dalam menyampaikan ucapannya. Setiap kali dia berucap, rakyat akan mula rasa mengantuk dan tertunduk tidur. Raja rasa sedih jugak tapi apa nak buat, salah dia jugak. Pada satu hari raja terfikir satu idea untuk selesaikan masalah. Dia fikirkan untuk buat pertandingan pidato. Oleh tu, tak adalah asyik raja je cakap, orang lain pon boleh cakap. Rakyat lak menunjukkan muka macam menerima cadangan raja tu.

Pada hari pertandingan, ada sorang pemuda raut Christiano Ronaldo ni. Dia berjaya sampaikan pidatonya dengan petah dan di kalangan rakyat pula sudah menaikkan kening dan senyum senget tanda suka dengan pidato pemuda bernama Leo ni. Akhirnya, memang tak syak lagi, Leo yang menang pertandingan pidato tu.

Sebagai ganjaran raja menawarkan pemenang untuk mengahwini puterinya yang cantik. Semenjak hari tu, Leo dan puteri hidup bahagia selamanya.

Wednesday, March 9

you jump I jump

imabebedebebaaack

sorry! aku mengada-ada sebab kejap-ada-kejap-tak-ada-kan blog aku. berada pada umur begini memang normal kan untuk bersikap gocagoca. (bayangkan kamu goncang-goncang tumbler dan boleh dengar bunyi gocagoca)