Thursday, March 10

si volunteer

ada satu zaman dahulu, ada sebuah pulau yang letaknya antara negeri Jaspe dan negeri Moude. Pulau ini berada di bawah takhlukan seorang raja yang merupakan seorang yang stylo dari segi pemakaiannya. Setiap kali perjumpaan dengan rakyat, baginda mengenakan pakaian yang berbeza sehinggakan kamu tak dapat lihat baginda pakai pakaiannya lebih dari sekali!

Raja ini sangat sayang akan rakyatnya yang ada sekerat saja. Baginda memang prihatin dan mengambil berat akan rakyatnya. Baginya rakyat tu adalah anaknya sendiri. Kalau ada antara mereka tak datang, raja mesti sedar punya dengan ketidak hadiran mereka.

Malangnya raja ini ada kelemahan sikit dalam menyampaikan ucapannya. Setiap kali dia berucap, rakyat akan mula rasa mengantuk dan tertunduk tidur. Raja rasa sedih jugak tapi apa nak buat, salah dia jugak. Pada satu hari raja terfikir satu idea untuk selesaikan masalah. Dia fikirkan untuk buat pertandingan pidato. Oleh tu, tak adalah asyik raja je cakap, orang lain pon boleh cakap. Rakyat lak menunjukkan muka macam menerima cadangan raja tu.

Pada hari pertandingan, ada sorang pemuda raut Christiano Ronaldo ni. Dia berjaya sampaikan pidatonya dengan petah dan di kalangan rakyat pula sudah menaikkan kening dan senyum senget tanda suka dengan pidato pemuda bernama Leo ni. Akhirnya, memang tak syak lagi, Leo yang menang pertandingan pidato tu.

Sebagai ganjaran raja menawarkan pemenang untuk mengahwini puterinya yang cantik. Semenjak hari tu, Leo dan puteri hidup bahagia selamanya.

2 comments:

  1. Sesuai buat komik poket terbitan Cerdik Publications.

    ReplyDelete