Saturday, November 19

cita-cita


Kejadian ni berlaku masa aku umur 6 tahun. Time tu aku tengah menangiskan sesuatu dan berasa marah dengan mak aku. Tak ingat pasal apa. Mak aku tengah potong sayur kat dapur sambil berdiri. Aku menangis dan tubuh kecik aku menghampiri mak aku dari belakang dan pukul punggung dia. haha. Walaupun mak aku dah pujuk, aku tetap berdegil. Masa aku menangis tu aku tak nampak apa-apa. Mak aku pegi letak pisau kat belakang dia. Dia ingatkan nak takutkan aku. Tapi aku pegi pukul pisau tu sampai tercucuk tangan aku. Mak aku yang perasan dulu tangan aku dah berdarah banyak dan bawak jumpa doktor. 2 minggu jugaklah aku kena jaga luka tu, sebab aku tak nak jahit luka tu walaupun dalam. haha, takut. Sampai sekarang ada lagi parut tu. Kat pergelangan tangan kanan.

Syukur lah sebab masa tu kena pergelangan tangan kanan, bukan kiri. Kalau kiri mesti aku dah arwah kan.

Tahun demi tahun berlalu dan aku dah pun masuk darjah 6. Time tu aku pernah rasa malas untuk hidup. dan kadang-kadang aku rasa nak ditarik nyawa dan jumpa dengan Allah. Fikiran ni membuatkan aku rasa berani untuk mati time tu. Masa tu aku fikir yang aku belum baligh dan dosa yang aku dah buat bukan aku tanggung pun. Bolehlah aku terus masuk syurga. Aku asyik tertanya kenapalah dulu kena tangan kanan bukan tangan kiri.

Sampai lah hari ni baru aku sedar, cita-cita aku untuk mati masa kecik tak kesampaian. Tapi umur aku makin meningkat dewasa. Ini bermakna semakin banyak dosa yang aku dah buat kan? Hari demi hari membuatkan aku rasa takut nak mati. Takut tak cukup lagi ibadat yang aku dah buat. Dalam pada itu, aku tetap terus lakukan yang wajib, walaupun tak sempurna mana. dan ada lopong-lopong.

Kalau ada orang tanya, apa tujuan aku hidup? Aku masih tak boleh jawab. tapi hati aku tetap akan katakan, kerana Allah. :)