Tuesday, March 20

Berapa harga segulung ijazah tu cik?

Bismillahirrahmanirrahim.

Haaaa, esok dah fly. Tapi masih rasa terkilan lagi sebab tak sempat nak buatkan hati ini rasa lapang sebelum fly. Kalau boleh sebelum fly ni aku nak baik dengan semua orang. Kalau ada bergurau kasar dengan sesapa sebelum ni, kalau boleh nak settlekan. Kadang-kadang tu aku tak sedar, akhirnya bila dah lama tak tegur tu, rasa awkward lak nak tanya apsal. Walaupun lepas tu aku rasa macam kami tak serapat dulu ke. Apa pun semua masih dalam proses untuk berbaik-baik. Kena banyak bersabar dan pandai mengatur strategi. Banyak lagi aku kena belajar.

Hubungan keluarga besar pun semakin berbaik-baik. Semua dah boleh berkumpul tanpa bermasam muka. Depa arrange big family meeting semua sama-sama ditambah gurauan manja. Sekurang-kurangnya aku dapat tengok semua berkumpul sebelum aku fly atau sebelum aku mati. Haaaa, mana tau la gempa bumi kat sana nanti aku mati ke. Ajal maut di tangan Allah.

Part paling sedih ialah kena berpisah dengan keluarga dan rakan lama mahupun rakan AAJ. Sesungguhnya hanya rakan yang buat foundation sama-sama tu lah yang sangat memahami erti penat lelah kami sebelum ini semasa foundation. Terima kasih kepada cikgu dan lecturer juga.

Doakan aku balik lagi 4 tahun dengan membawa segulung ijazah, itupun jika ia digulung. InsyaAllah.