Sunday, November 10

Hi baik x payah

Assalamualaikum hello selamat petang

Ok sebenarnya sekarang pukul 2 am, disebabkan aku baru nak mula menaip, maknanya aku bukannya nak tidur, jadi aku tak ucapkanlah selamat malam. Sorry Encik Baikxpayah aku lama tak update kau. Lately malas lah nak menaip.

Audience : How's life?

Eh? Banyak jugak benda terlintas sebab lama jugak tak update. Firstly, balik ke Malaysia merupakan perkara paling seronok untuk cuti musim panas kali ni. Reunion dengan family, Auji. Main mercun dengan Uncle Askomi, makan makanan Malaysia dan lain lain.

Seperti yang kau orang bukannya kisah pun, aku dah masuk tahun ke 2 (semester ke 4) ku di Saitama University. Part permulaan semester kali ni agak pahit untuk ditelan, iaitu keputusan final exam semester 3 yang lepas. Aku rasakan kegagalan yang teruk dalam hidup, menangis 3 hari 3 malam, mandi nangis, buang air nangis, memasak nangis. Apa yang nak disampaikan di sini aku kehilangan keyakinan diri buat seketika. Tapi atas kehendak Allah, sokongan family, Auji, kawan, aku redah juga. Alhamdulillah.

Bila fikir balik mungkin kita kena buat kesilapan sekali walaupun kita tau itu adalah kesilapan. Sebab kesilapan ni kadang kadang kalau kita tak lakukan kesilapan, kita tak tau itu ialah kesilapan. Kesilapan ialah yang mana kita tak tau pun sesuatu itu ialah kesilapan. Okay? Petik dari tv series How I Met Your Mother ya.  Ya, dengan itu, aku dah berusaha lebih sikit dari sebelum ni. Dalam class tak main fon sangat dah. Focus. Bila ada masa, revise balik. So kita tengok lah result sem ni macam mana.

Oh suhu sini turun mendadak pulak harini, terus jadi demam, selsema. Tadi beriya lah makan roti, makan ubat, kononnya mau makan ubat lepas tu tidur sebab ubat selsema kalau nak berkesan kau makan, pastu kau terus tidur. Tapi disebabkan tak dapat tidur, so terima lah, post yang hisasiburi dari aku. Selalunya kalau tak dapat tidur je mesti kacau Auji. At least kalau aku tak bagitau dia terus (yang menyebabkan kami akan berborak berlarutan) aku boleh lah post kat blog ni yedok?

Okaylah. Ni je kot aku boleh tulis malam ni. Tadi macam banyak je benda nak cakap, sekali tadabenda la pulak. Esok aku sambung lagi la kot kalau ada masa.Ni aku sertakan gambar secara random, maybe boleh ceritakan pasal apa yang berlaku semasa aku tak post selama ni. Gambar kan "spik lauder than words" katanya Goodnight. Assalamualaikum.


Cantik orangnya, bulu matanya lentik


Reunion yo






以上 

No comments:

Post a Comment